Tuesday 27 September 2011

Yang terSurat & terSirat.....

Masa sekolah dulu dlm mata pelajaran Bahasa Melayu adalah aku belajar psl terSurat & terSirat....
terSurat ialah apa yang kita nampak di luaran, realiti dan yang berlaku di depan mata kita. tapi kita selalu lupa yang terSirat itu yang membawa byk makna dan perubahan.

Rupa2nya bukan setakat untuk matapelajaran Bahsa Melayu....tp terlalu besar impak yang terSurat & terSirat dalam kamus kehidupan kita ini.....Kita selalu nampak dan percaya mengikut kata hati kita tanpa berfikir dahulu apa yg kita nampak itu adakah perkara yang sebenarnya @ sebaliknya.....Lebih2 lagi dalam perkara2 yang melibatkan orang berfikir negatif tentang orang lain.....

Aku rasa kita semua ni mesti pernah mengalami situasi mcm ni kan.....kita akan rasa cepat nak marah dan berfikiran negatif apabila kita melihat hanya yang terSurat....emosi medahului akal dan fikiran membuatkan kita bertindak di luar kawalan kita.....tetapi bila akal fikiran dapat mengawal emosi dan kita cari yang terSirat itu....barulah kita tahu perkara yg kita fikirkan itu tidak betul dan tidak tepat sama sekali....

Oleh itu, peringatan untuk diri aku, supaya mengaplikasikan yang terSurat & terSirat dalam kehidupan aku.....untuk mencari sebuah ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup .....

No comments:

Post a Comment